Thursday, May 26, 2005

Anwar Ibrahim - A review

Harakahdaily - Menilai semula Anwar Ibrahim

A very sincere observationby the author, I guess.

On Anwar, he was the reason why religious-conscious individuals chose UMNO to PAS. I was also a member of UMNO, after I left school, for a certain period. Left UMNO for PAS in 1997. I don't know what happened to my UMNO membership certificate, but my PAS certificate of membership is dated 22nd January 1998 or 20th Syawal 1318. My 6 digits membership number **8**8. The asterisk is meant to conceal my real identity. Please bear with me!

Coming back to Anwar, his departure to UMNO from ABIM split the religious-concious individuals and made UMNO a winner to the more moderates mukminin as well as the already liberal-minded malays. Unfortunately for ISLAM in Malaysia. There's allegation that CIA and Mahathir played a part in Anwar joining UMNO by using the late Prof. Ismail Faruqi to convince Anwar to join Mahathir to cleanse UMNO from the inside. (Anwar's own words on this - i.e. how Ismail Faruqi influence him). It was further alleged that Ismail Faruqi was assasinated after this last assignment!

Anyways, I agree with the article below, in that, Anwar should not re-write his contribution to the failings while he was in UMNO and in the ruling party of Barisan Nasional. He should acknowledge the short-coming, and be a Bigger person to the eyes of Malaysia.

The only reason he's not doing so is that he might be eye-ing an even greater audience, the non-muslim and the whole wide world, perhaps?

The article in question:-
Menilai semula Anwar Ibrahim
Date: Thursday, May 26 @ 12:32:58 MYT
Topic: Rencana

Oleh HARIS ZALKAPLI
hariszalkapli@gmail.com

"History is often not what actually happened but what is recorded as such." - Henry L Stimson

Anwar Ibrahim menduduki satu tempat istimewa dalam politik Malaysia. Tokoh ini mendapat sokongan meluas semasa dalam parti pemerintah, dan terus mendapat sokongan meluas rakyat selepas dipecat daripada parti pemerintah. Sokongan terhadap beliau tidak mengenal garisan parti.

Bagaimanapun, kedudukan ini menjadikan beliau dikelilingi mitos. Sering kali, penilaian terhadap Anwar tidak dilakukan dengan adil. Beliau sering dinilai berdasarkan apa yang diimpikan (potensi), bukan apa yang diamalkan (realiti). Semasa masih memegang kekuasaan bersama Umno, sokongan kuat terhadap Anwar banyak bersandar pada potensi beliau untuk membawa perubahan ke arah kebaikan melalui kedudukannya dalam parti pemerintah, dan menyatukan umat Melayu Muslim yang berpecah berdasarkan garisan parti. Anwar dilihat sebagai paragon segala nilai yang baik.

Perubahan drastik

Anwar juga, selepas menyertai Umno, kadang-kala dilihat sebagai seorang tokoh gerakan Islam, walaupun jelas sekali satu perubahan yang drastik berlaku berikutan penyertaannya dalam Umno.

Semakin Anwar menghampiri puncak kekuasaan, semakin jauh beliau dari definisi dirinya sebelum itu. Anwar mula lebih mudah didefinisikan sebagai seorang ahli politik pragmatik, yang menggunakan karisma tokoh gerakan Islam dan pemimpin liberal untuk mendapat sokongan popular.

Selepas September 1998, Anwar muncul dalam bentuk baru, dan mempakejkan semula gerakan pembangkang di Malaysia. Pakej beliau, yang diberikan nama reformasi, menjadi popular dan mendefinisikan gerakan rakyat di Malaysia. Agenda yang pernah beliau kemukakan sebelum itu, termasuk menghapuskan segala bentuk korupsi dalam pemerintahan dan mewujudkan masyarakat madani menjadi agenda rakyat Malaysia.

Mitos diri

Dalam wawancara rancangan Hardtalk di Perbadanan Penyiaran British (BBC) baru-baru ini, Anwar sekali lagi cuba mengukuhkan mitos dirinya sebagai epitomi pemimpin yang adil dan bersih. Daripada apa yang dikemukakan beliau, Anwar tidak mengalami apa-apa perubahan, sama ada semasa menjadi pemimpin pelajar radikal, ketika memegang pengaruh besar dalam Umno dan apabila menerajui penentangan terhadap parti pemerintah sejurus selepas dipecat daripada Umno.

Hakikatnya, definisi Anwar berubah melalui setiap fasa yang dilaluinya. Anwar telah muncul sebagai tokoh gerakan pelajar dan gerakan Islam, ahli politik pragmatik dan terbaru, pemimpin parti pembangkang. Anwar melakukan satu penyelewengan apabila menyatakan sebaliknya.

Anwar cuba menulis semula sejarah apabila memberi tafsiran baru tentang apa yang beliau lalui semasa bersama Umno. Anwar sememangnya menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan dan mengekalkan kuasa. Kisah The New Straits Times Press (NSTP) dan TV3 dikuasai individu-individu yang menyebelahi beliau, dan perlantikan Johan Jaaffar sebagai ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu telah jelas diketahui. Peristiwa itu menjadi satu isu yang menjadi tumpuan pihak pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan. Kemunculan Anwar yang lebih prominen berbanding Perdana Menteri ketika itu memang diketahui pemerhati politik tempatan. Soal pemilikan saham adalah satu isu lain. Yang menjadi fokus utama di sini ialah pengaruh terhadap editorial media terbabit.

Menentang penyelewengan

Anwar juga telah cuba mengemukakan bahawa beliau sentiasa menjadi suara yang menentang penyelewengan dalam kerajaan. Tetapi melalui sejarah, dapat dilihat bahawa Anwar menjadi "wajah Islam" bagi Umno untuk berdepan PAS. Beberapa pemimpin PAS sendiri mengakui sukar untuk berdepan Umno disebabkan karisma tokoh gerakan Islam Anwar. Bagaimanapun, beliau terus mendapat sokongan padu PAS, walaupun berpendirian liberal dan memandang tinggi tokoh seperti Nurcholis Majid.

Tidak ada individu lain yang berfahaman liberal dan menandang tinggi Nurcholis mampu mendapat layanan sebegitu baik pemimpin PAS, seperti juga tidak ada individu lain yang menyokong Paul Wolfowitz boleh dipandang tinggi tokoh berhaluan kiri dalam Parti Keadilan Rakyat.

Anwar sememangnya "groomed for succession" oleh perdana menteri ketika itu, Mahathir Mohamad. Pergerakan Anwar ke puncak kekuasaan berjalan dengan lancar sekali. Pasti Anwar tidak akan mudah dilantik ke jawatan tertinggi sekiranya beliau konsisten menentang korupsi dan kezaliman Umno, seperti yang didakwa dalam wawancara Hardtalk.

Sebahagian sistem

Jawapan Anwar, "Mungkin," ketika ditanya adakah beliau rasa sepatutnya lebih lantang bersuara ketika di dalam kerajaan, sangat lemah. Beliau sememangnya sebahagian daripada sistem yang beliau tiba-tiba menentang dengan keras bermula September 1998. Seperti yang dinyatakan hos rancangan Hardtalk, Stephen Sackur, "Mungkin tidak cukup baik." Memang bagi pemimpin seperti Anwar, yang mendakwa mewakili segala nilai yang baik, jawapan beliau tidak mencerminkan dirinya seperti yang dipersembahkan kepada rakyat.

Anwar meletakkan standard yang tinggi bagi Umno, terutama dalam ucapannya sebelum dipenjara. Ketika itu juga, Anwar kelihatan tidak konsisten. Pada mulanya, beliau hanya menolak Mahathir, dan bukan Umno. Tetapi selepas itu, selepas mula rapat dengan parti-parti pembangkang, beliau mengambil keputusan menolak terus parti Melayu itu.

Usah berdalih

Anwar tidak perlu berdalih lagi. Sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin yang disanjung hampir semua pihak dan diberikan harapan menerajui gerakan perubahan di Malaysia, beliau perlu berterus-terang, dan tidak lagi cuba untuk memuaskan hati semua pihak. Dan Anwar mesti berhenti menulis semula sejarah.

Hanya ada satu Anwar Ibrahim, dan beliau perlu segera menunjukkan dirinya yang sebenar. Tindakan berdalih untuk menjaga sokongan politik perlu ditinggalkan, sekiranya benar beliau berpegang pada nilai-nilai baik yang menjadi agenda perjuanganya. Semua pihak, terutama penyokong beliau dan parti pembangkang, perlu menghadapi Anwar dengan rasional, tanpa dipengaruhi sebarang sentimen. Rakyat lebih utama daripada Anwar. - um

This article comes from Harakahdaily
http://harakahdaily.net

The URL for this story is:
http://harakahdaily.net/article.php?sid=13618

Print this article and distribute it to your friends

0 Comments:

Post a Comment

<< Home