Monday, September 05, 2005

Badrushah , do you know that Najmil Faiz is an UMNO supporter!

Reading Badrushah's article to HarakahDaily, Najmil Faiz, wira sebenar bangsa, negara?, made me wonder whether the writer knew the person he was writing on?

I have blogged about this Najmil Faiz's achievement, as well as raising few questions here earlier.

I have no real problem with his achievement, what-ever it is, but what really matters is, 'we should really know who are the person we are talking about'.

So does Badrushah knows about Najmil Faiz being an UMNO supporter, even to the extend of being the Deputy Chairman of Leeds and Bradford chapter of the UK's UMNO Club? Or is Badrushah, himself an UMNO member or supporter, trying to rile up PAS members and supporters?

======

Najmil Faiz, wira sebenar bangsa, negara?
Date: Tuesday, August 30 @ 17:14:48 MYT
Topic: Rencana

Kiriman BADRUSHAH

Di kala ini, ramai antara kita yang lebih mengenali peserta-peserta pertandingan program realiti. Nyanyian dan persembahan mereka sudah lali dengan kita. Kita boleh mengetahui nama kampung atau warna kegemaran peserta tersebut. Namun apabila kita menyebut nama Najmil Faiz, tak ramai yang mengenali beliau.

Kita lebih mengambil berat dan sanggup mengalirkan air mata mendengar penyanyi dikritik atau diundi keluar daripada mengingati pengorbanan seorang pemuda Melayu berhempas pulas bekerja keras mencuci bangunan dan mengangkat barang demi mencari wang untuk membiayai pelajaran dan survival beliau di negeri orang.

Inilah cerita mengenai seorang pemuda Melayu yang pada 14 Mac 2005 yang lalu, telah membentangkan hasil kajian beliau kepada anggota Parlimen United Kingdom di London dan memenangi anugerah ‘The Best Research of Good Prospect (2005)’. Para pelajar terutamanya diharap menjadikan Najmil sebagai contoh dan idola mereka...

Kejayaan yang dikecapi Najmil Faiz bukanlah dengan jalan yang mudah. Beliau telah mengorbankan usia muda dan keseronokan demi mencapai kejayaan. Pada pendapat beliau, sebagai manusia dan orang Melayu, beliau mesti membuktikan keupayaan beliau biarpun beliau terpaksa merangkak sekalipun.

Agenda untuk bangsanya cukup besar. Pendidikan menjadi satu-satunya aset tidak ternilai untuk kejayaan sesebuah bangsa. Beliau tidak boleh terima orang memandang rendah bangsa Melayu dan menganggap Melayu kurang asam, malas berfikir dan tiada daya saing.

Najmil Faiz Mohammed Aris, 26 tahun, pemuda berasal dari Ipoh, Perak ini mencapai kejayaan setelah 'tersedar' daripada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pangkat tiga. Selepas itu, beliau pernah bekerja di stesen minyak dan merasakan dirinya selalu dipandang rendah. Beliau pernah berasa malu dan tertekan kerana kegagalan, namun beliau berazam untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara seper ti abangnya. Disitulah permulaan dirinya yang baru.

Kemudian beliau bekerja dengan sebuah firma di Kelantan untuk menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), di Batu Pahat dan pada tahun 2000 beliau melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda kejuruteraan dan seterusnya ke peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Metropolitan di Leeds.

Di sana, beliau terpaksa bertungkus-lumus bekerja sambil belajar sehingga tidur hanya dua tiga jam sehari. Pada waktu rehat tengah hari, sementara menunggu kuliah petang, dia bekerja. Semua jenis kerja keras dilakukan beliau termasuk mencuci bangunan dan mengangkut barang semata-mata bagi menampung kos pengajian dan sara hidup.

Semasa menceritakan pengalamannya di suatu majlis di Kuala Lumpur, beliau berkata bahawa tiada istilah penat dalam diri beliau dan beliau kerap tidak tidur malam mengulangkaji pelajaran. Beliau menambah lagi bahawa bukan mudah untuk beli au sampai ke tahap ini, sehingga untuk belajar bahasa Inggeris pun beliau terpaksa bertungkus lumus. Di dalam majlis tersebut, terlihat kesyahduan wajah kepuasan beliau dan menampakkan keyakinan untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajiannya yang berakhir tahun depan.

Pada 14 Mac 2005 yang lalu, beliau mencipta sejarah pelajar Malaysia yang pertama diberi penghormatan dan pengiiktirafan untuk membentangkan kajian beliau "Micro Machine Process" kepada anggota Parlimen UK di London dan memenangi anugerah "The Best Research of Good Prospect (2005)". Beliau membentangkan kajian mengenai Proses Mikro dan Kejuruteraan Nano selama 15 minit. Najmil tidak menghampakan apabila anggota Parlimen yang hadir bukan sahaja amat berminat dengan ideanya tetapi juga memberikan galakan kepadanya untuk meneruskan kajian beliau yang membabitkan "Nano" dan "Micro Machine Process".

Najmil yang terpilih sebagai antara pelajar Asia paling cemerlang, berjaya membuka mata industri United Kingdom terhadap kebolehan rakyat menerusi inovasi yang dihasilkan. Menurut Najmil, kajiannya berkaitan teknologi mengurangkan geseran yang mampu mengurangkan kos serta meningkatkan keefisienan dalam industri dan sektor pembuatan. Katanya pengurangan geseran akan membantu meminimumkan kehausan terhadap peralatan yang digunakan dalam sektor perkilangan. Kajian beliau amat diminati pengilang kerana ia dapat menjimatkan kos operasi berbilion ringgit dan masa, meningkatkan kadar hayat mesin dan gear yang digunakan serta meningkatkan keefisienan sektor pengilang di seluruh dunia.

Selain itu, teknologi ini mampu dimanfaatkan oleh sektor perubatan terutamanya dalam pembedahan tulang belakang dan tulang pinggul. Ini dengan meminimumkan geseran pada permukaan dan sendi tulang yang dapat memastikan tulang berfungsi dalam keadaan terbaik.

Hasil daripada pembentangan beliau yang memancarkan kecemerl angan akademik dan mutu kajian yang tinggi itu, Menteri Perindustrian Britain, Brian Edden menawarkan Najmil peluang seumur hidup untuk membentangkan hasil kajian Najmil di House of Common.

Menurut Najmil lagi, sepanjang menuntut dan menjalankan penyelidikan itu, beliau mendapat banyak bimbingan dan nasihat daripada tenaga pengajar di universitinya selain sokongan rakan-rakan. Beliau terpilih untuk membuat pembentangan itu hasil daripada perakuan universitinya.

Beliau berhasrat untuk mengembangkan hasil kajian beliau di Malaysia agar Malaysia dapat bersaing dengan negara lain menjelang 2020.

Beliau dijangka pulang ke tanah air pada Mac tahun depan untuk muncul sebagai salah seorang rakyat Malaysia termuda memiliki PhD, sekali gus memulakan kerjaya barunya sebagai pensyarah di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) di Batu Pahat, Johor. Beliau berazam untuk berkongs i pengetahuan dan teknologi yang dikumpulkannya sejak berada di UK dengan rakyat Malaysia termasuk pelajar-pelajar KUiTTHO apabila kembali ke tanah air sebagai seorang pensyarah. Memegang pepatah Melayu, ``Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'', Najmil menolak ganjaran tinggi yang ditawarkan oleh industri di UK.

Najmil Faiz Mohamed Aris adalah contoh intelek muda negara yang mampu mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Beliau mungkin tidak boleh menyanyi dengan 'pitching' yang elok mahupun menjanjikan persembahan naynyian yang baik, namun beliau patut menjadi pujaan anak-anak dara dan ibu-ibu sebagai calon suami dan menantu, idola kepada para pelajar dan ibubapa yang mengecapi keselesaan hidup. Sedangkan beliau yang susah boleh berjaya, mengapa tidak kita terutamanya yang membaca artikel ini.

Anehnya ketika Najmil berjuang untuk kecemerlangan diri dan bangsanya, ramai orang muda langsung tidak memikirkan soal agenda bangsa. Mereka lebih kelihatan dilanda keasyikan untuk pencarian bakat nyanyian. Mendorong makin ramai remaja Melayu di bangku sekolah lagi sudah berlumba-lumba mahu menjadi penyanyi, bukannya pakar matematik dan sains. Seolah-olah hiburan menjadi agenda lebih penting.

Najmil Faiz adalah seorang idola yang tidak boleh di-AFSINGKIR-kan daripada hidup kita sebagai rakyat Malaysia. – lanh

This article comes from Harakahdaily - URL
=========
Kebanggaan Kelab UMNO UK
Posted by: webmasteron Thursday, March 17, 2005 - 03:48 AM

Satu lagi kebanggaan Badan Perhubungan Kelab UMNO UK (BPN) dimana salah seorang ahlinya telah diberi pengikhtirafan yang tinggi di United Kingdom. Najmil Faiz yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Kelab UMNO Leeds & Bradford mencipta sejarah apabila menjadi orang Malaysia pertama membentangkan hasil kajiannya di Parlimen Britain.

MANCHESTER: Pelajar Universiti Leeds Metropolitan di sini, Najmil Faiz Mohamed Aris, mencipta sejarah apabila menjadi pelajar Malaysia pertama membentangkan kajiannya di Parlimen Britain.

Beliau yang mengikuti pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) Kejuruteraan Precision, membentangkan kajian mengenai Proses Mikro dan Kejuruteraan Nano selama 15 minit di depan anggota Parlimen Britain, Isnin lalu.

Ketika ditemui di Universiti Manchester sehari sebelum membentangkan hasil kajian itu, Najmil Faiz berkata, beliau menerima surat daripada Menteri Perindustrian Britain, Brian Edden, minggu lalu yang menawarkannya untuk membentangkan hasil kajiannya.

“Saya terkejut dan tidak menyangka menerima tawaran itu tetapi pada masa sama rasa bangga.

“Beberapa pelajar cemerlang dari universiti di Britain juga dipilih membentangkan hasil kajian mereka. Pemilihan berdasarkan kecemerlangan akademik dan mutu kajian.

“Ia diadakan setiap tahun dan difahamkan saya adalah pelajar pertama dari Malaysia menerima tawaran sedemikian," katanya selepas menerima sijil anugerah cemerlang daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Universiti Manchester.

Pada majlis itu, Najib melancarkan Karnival Malaysia Manchester 2005, iaitu perhimpunan seluruh rakyat Malaysia di United Kingdom, terutama pelajar sebagai wahana untuk bersua muka dan beramah mesra dengan pemimpin Malaysia bagi mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan negara.

Lebih 1,500 orang mendengar ucapan Najib pada majlis itu yang disusuli sesi soal jawab kira-kira setengah jam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Khas Hal Ehwal Pelajar Luar Negara, Datuk Mohd Shafie Apdal yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Adham Baba; Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di United Kingdom dan Ireland, Dr Syed Raisudin Syed Abdullah dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain, Datuk Abdul Aziz Mohammed.

Najmil Faiz yang berasal dari Ipoh, Perak, berkata pemilihan hasil kajiannya dibuat pihak Britain berdasarkan prospek kajian berkenaan serta usia individu yang melakukan penyelidikan itu.

Katanya, kajiannya itu berkaitan cara mengawal nano dan mikro dalam proses kejuruteraan.

"Ia mengawal secara spesifik fungsi bagi mendapatkan kadar kelicinan atau kekasaran sesuatu permukaan berdasarkan keperluan.

“Kelicinan atau kekasaran permukaan penting bagi mendapatkan geseran yang tidak cepat haus," katanya yang juga mencipta sejarah tersendiri kerana bakal menamatkan pengajian ijazah kedoktoran tahun depan, ketika berusia 25 tahun.

Beliau mendapat tawaran sebagai pensyarah di Kolej Universiti Tun Hussein Onn di Batu Pahat, Johor sejurus menamatkan pengajian.

Beliau berkata, hasil kajiannya boleh dilaksanakan dalam industri permotoran seperti gear kenderaan yang melalui proses mikro dan kejuruteraan nano, tahap kekasaran permukaan dapat diketahui yang seterusnya pemboleh ubah disesuaikan seperti tahap suhu serta kandungan minyak pelincir yang perlu diguna.

Katanya, ia juga boleh digunakan dalam bidang perubatan seperti pembedahan tulang belakang dan tulang pinggul.

"Dalam hal ini, kadar geseran tulang amat penting dalam menentukan kejayaan fungsi tulang," katanya.

1 Comments:

Blogger mamat said...

Dear Ricky Mont.
Thanks, but no thanks.

Try your antic elsewhere. I'm so sorry for you.

Tuesday, September 06, 2005 3:19:00 AM  

Post a Comment

<< Home