Monday, September 05, 2005

What about the other guy? Azali Muhamed?







It is interesting to note that this particular chap, Prof Madya Dr Muhammad Hussin, was mentioned in a letter to Harakahdaily.







There's another guy who started from being a prominent student residential college head at UPM, KTDI, to the post of university's deputy vice-chancellor (student affairs). He's none other than Associate Professor Dr. Azali Mohamed. Azali's brief scholarly info can be found here!







Maybe Prof Madya Dr Muhammad Hussin aspire to emulate Azali Mohamed's achievement? From being the head of Kolej Kediaman Rahim Kajai to DVC? Other than the info-page about him being the college principal, nothing else could be goggled from UKM's website.

It is also interesting to see loads of hidden hand to help UMNO further strengthen their grip on all the ailing IPTAs in the country, as reflected by this press release of PKR's president, 'Kembalikan kemuliaan dan kebebasan akademik'.

====================
Dedahkan peranan Dr Mat Husin, dalang Umno di UKM
Date: Friday, September 02 @ 15:06:07 MYT
Topic: Surat Pembaca

Oleh MAHASITUA UKM

Saya merujuk muka depan Siasah keluaran terbaru yang mendedahkan ada komplot antara Umno dan pentadbiran universiti (diketuai TNC hal ehwal pelajar universiti masing-masing) bagi memenangkan kumpulan pelajar pro-Umno dalam pilihan raya kampus Oktober depan.

Cuma saya tertarik dengan laporan Siasah yang menyebut nama orang yang menandatangani surat bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi itu adalah Prof Madya Dr Muhammad Hussin, yang merupakan dalang utama.

Dr Mat Hussin ini walaupun jawatannya tidaklah setinggi mana di UKM, dan meruppakan pengetua kolej kediaman, namun pengaruh dan kuasanya begitu hebat terutama menjelang pilihanraya kampus sekarang ini. Timbalan Naib Canselor pun harus akur dengan perintah dan kehendaknya, semata-mata bagi mempastikan penguasaan Umno di kampus-kampus utama, misalnya UKM dan UM, tidak tergugat.

Biarpun nampak low-profile tapi Dr Mat Hussin ini cukup berbisa. Tidak hairanlah jika dia dan kumpulannya tidak silu-silu mengadakan mesyuarat kementerian pengajian tinggi di ibu pejabat Umno sendiri. Menteri, Dr Shafie Salleh pun akur dengannya.

Yang mustahak, pelajar-pelajar yang tidak mahu dikongkong oleh Umno, yang mahu bebas, tidak harus dibiarkan bertapak semula di universiti tempatan.

Saya kira ramai kawan-kawan lama yang segenerasi dengan Dr Mat Hussin ini boleh memberi maklumat lanjut tentang dalang yang merosakkan keharmonian kampus ini. - UM
========================================
Kembalikan kemuliaan dan kebebasan akademik
Date: Friday, September 02 @ 16:30:06 MYT
Topic: Kenyataan Rasmi

Oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat

Pada kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke 48 ini Parti Keadilan Rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini Institusi Pengajian Tinggi Awam, khususnya universiti-universiti merasa sangat bimbang dan cemas dengan fenomina yang melanda institusi tersebut mutakhir ini.

Adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia untuk mempertahankan keunggulan institusi pendidikan tertinggi negara ini memandangkan di sinilah lahirnya pemimpin generasi akan datang yang akan mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta ini.

Mengambil semangat Kemerdekaan sejajar pula dengan tema "Keranamu Malaysia" dan sub tema "Pendidikan Teras Pembangunan Insan" maka KeADILan menggesa agar semua pihak memberikan perhatian serius di dalam usaha mengembalikan kemuliaan institusi universiti ini.

Peranan universiti sebagai pusat untuk mengembangkan ilmu pengetahuan melalui pengajaran serta pendidikan, menggalakkan cara berfikir secara kritis dan kreatif dan memupuk nilai-nilai moral serta ethika yang tinggi, nampaknya semakin terjejas. Tidak keterlaluan kalau dikatakan Universiti yang suatu ketika dulu menjadi idaman anak-anak muda dan kebanggaan para ibubapa hingga digelar Menara Gading kini kian hilang wibawanya.

Kebebasan akademik di dalam negera ini sudah lama pupus. Campurtangan politik di dalam pentadbiran Universiti telah menjadikan Universiti seolah-olah seperti sebahagian daripada jabatan kerajaan. Naib-naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor kerap diangkat berdasarkan fahaman politik mereka dan bukan atas kecemerlangan akademik.

Justeru, ramai di antaranya yang kurang berwibawa dan lebih malang lagi ia mengakibatkan ramai kakitangan akademik yang sudah hilang komitmen dan semangat keilmuan kerana kecewa dengan fenomina ini. Maka tidak hairanlah jika kebanyakan mahasiswa hari ini menjadi tidak lebih daripada seperti pelajar lepasan sekolah tinggi.

Akibat dari campurtangan politik ini juga telah mewujudkan situasi dimana ramai kakitangan yang kurang pengalaman diangkat sebagai Dekan dan Ketua Jabatan. Kesan dari itu, kakitangan kanan yang berpengalaman dan dihormati dari segi akademik dan pentadbiran akan terpinggir.

Fenomina yang kini bertukar menjadi wabak ini, tidak berhenti di situ sahaja, ianya telah merebak kepada kenaikan pangkat pada jawatan Profesor dan Profesor Madya. Malah proses perlanjutan kontrak selepas bersara juga turut mendapat kesan dari campurtangan ini. Kebanyakan keputusan sudah tidak lagi berdasarkan kepada kemampuan gerakerja mereka di dalam melakukan penyelidikan, penerbitan karangan ilmiah, dedikasi mendidik dan mengajar mahasiswa serta membimbing calon-calon ijazah tinggi.

Apa yang lebih membimbangkan, akhir-akhir ini beberapa buah universiti awam telah mula mengambil tindakan ke atas kakitangan akademik yang tidak mahu menerima atau menandatangani Surat Akujanji dengan kerajaan. Mereka bukan sahaja tidak dinaikkan pangkat, malah ada yang ditamatkan kontrak lanjutan. Pihak Universiti juga telah menolak permohonan perpindahan jawatan kakitangan akademik ke agensi antarabangsa meskipun sepatutnya ia menjadi kebanggaan Universiti khususnya dan negara amnya.

KeADILan benar-benar kecewa dan kesal dengan apa yang berlaku kepada Profesor K.S. Jomo, Profesor Shahril, Profesor P. Ramasamy, Prof Madya Terence Gomez , Dr Azly Rahman serta isterinya. Tindakan memberhentikan mereka dan asakan sehingga mereka terpaksa meletakkan jawatan sedangkan mereka merupakan tokoh-tokoh akademik yang berwibawa, berjaya dan disegani di dalam dan di luar negara adalah sesuatu yang merugikan bangsa dan negara.

KeADILan juga kesal dengan tindakan yang diambil ke atas Tujuh (7) orang mahasiswa dengan membuang mereka dari universiti dan walaupun mahkamah telah membebaskan mereka , namun sehingga ke hari ini tiada tanda-tanda mereka akan diterima kembali ke Universiti.

Baru-baru ini pula, seorang Timbalan Naib Canselor (HEP) di sebuah Universiti terunggul negara telah mengeluarkan ugutan bertulis kepada pelajar Universiti supaya tidak menghadiri majlis Pidato Kemerdekaan anjuran sebuah badan bukan politik yang halal atas alasan ianya mengancam keselamatan negara. Majlis ilmiah yang diadakan sempena menyambut Hari Kemerdekaan tersebut sepatutnya dijadikan program tahunan para mahasiswa agar mereka dapat lebih mengerti di dalam usaha mengisi kemerdekaan negara.

Tidak setakat itu sahaja, campurtangan juga kian ketara di dalam pemilihan wakil pelajar. Ada di antara Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan juga sesetengah kakitangan pentadbiran telah digunakan oleh pemerintah untuk campur tangan di dalam pilihan raya wakil-wakil pelajar dengan tujuan memastikan hanya calon pelajar yang menyokong kerajaan pemerintah sahaja yang akan menang. Mereka bukan sekadar mengugut dengan membangkitkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Kolej dan Kolej Universiti (AUKU), lebih memeranjatkan lagi, telah mula menularnya elemen politik wang serta sogokan kebendaan di dalam pilihanraya kampus ini.

KeADILan amat gusar dengan campur tangan parti pemerintah di dalam pentadbiran universiti dan hal ehwal pelajar ini kerana ia bukan sahaja menjadikan kewibawaan universiti itu tercalar malah kedudukan Universiti sebagai pusat pendidikan tertinggi negara juga tercemar.

Pihak-pihak pimpinan akademik dan pentadbiran tertinggi di universiti-universiti hendaklah dikekalkan wibawanya. Mereka hendaklah dibenarkan bertindak secara bebas dengan tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur parti politik agar dapat melahirkan mahasiswa yang berjiwa merdeka. Kemuliaan universiti hendaklah juga dipulihkan sejajar dengan peranannya mewujudkan graduan-graduan yang produktif dan berdaya maju. Manakala Kebebasan akademik wajib kita pertahankan kerana hanya dengan itu dapat kita realisasikan tema Hari Kemerdekaan- Pendidikan Teras Pembangunan Insan dalam bentuk perlaksanaan dan bukan sekadar laungan hambar.

-------------------

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)
75A, Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Park,
Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-5513 3416 / 8477 Fax: 03-55129646
Website: www.keadilanrakyat.org
Email: tianchua@keadilanmalaysia.org

0 Comments:

Post a Comment

<< Home