Mawi is still pulling them in!
He he he.
I know that a number of Malaysian have a craze on this chap. I blog about him earlier on.
But then again, how do you combine world and the Here-After? Mawi said, "WORLD, WORLD juga tapi akhirat jangan lupa"!
Good for you Mawi! InsyAllah, the only road to Salvation is ISLAM, and not the other -ism! Remember your duty to the Creator and do not choose the wrong path!
=======================
Mawi: Bacaan Tok Guru semakin terserlah
Date: Monday, September 05 @ 10:47:11 MYT
Topic: Rencana
Oleh ROSLAN SMS
roslan_s@yahoo.com
(Bagi sekian kalinya isu Mawi ini dibicarakan, sesungguhnya Mawi tidak penting, AF tidak penting, yang penting di sini adalah keberanian dan ketekunan gerakan Islam untuk menapak ke ruang yang lebih besar dan mencabar demi mendakap sasaran dakwah yang bertibaran di mayapada Allah swt ini)
Sebelum ini Tok Guru MB Kelantan pernah berkata:
"Dalam masa saya mencari-cari ini terjumpa Mawi. Berdasarkan kepada berita yang disiarkan media massa, Mawi bukan dari kelompok yang suka hanyut, dia tahu harga diri dan tahu agamanya.Dan dia tahu harga nilai murni. Mungkin diajar oleh keluarga dan agama dia. Maka saya jatuh hati hendak jemput beliau datang ke Kelantan."
Semalam melalui temuramah eksklusif dalam akhbar NST, secara tersurat dan tersirat Asmawi Ani ataupun Mawi telah menyatakan sikap, kecenderungan dan pendirian beliau secara terbuka. Dalam wawancara itu beliau berkata:
When my fans scream out for me and saya "WORLD WORLD" I reply, "WORLD, WORLD juga tapi akhirat jangan lupa". Hopefully they will find a meaning in this underlying message and do something about it.
(Bila peminat-peminat saya melaungkan "WORLD WORLD" saya jawab, "WORLD,WORLD juga tapi akhirat jangan lupa." Mudah-mudahan mereka akan dapat menangkap maksud yang tersirat dari mesej itu dan melakukan sesuatu.)
Sikap Mawi yang sebeginilah yang barangkali telah memikat dan menambat hati Tok Guru MB Kelantan dan saya yakin juga sebahagian besar pencinta Islam. Dalam temuramah itu Mawi turut ditanya berkenaan undangan kerajaan negeri Kelantan kepada beliau untuk menjayakan sebuah konsert di sana, kata Mawi:
Like I said earlier my sole intention in joining AF was to support the family. Its pretty simple. If PAS invites me to perform then I will oblige. It goes the same for other political parties, PAS, Dap or Umno. Its my job as a singer to entertain. So why not.
(Sebagaimana yang saya maklumkan tadi, tujuan utama saya menyertai AF adalah untuk membiayai keluarga saya. Ianya mudah. Jika PAS jemput saya untuk beraksi saya akan pergi. Malah sama sahaja untuk lain-lain parti politik samada PAS, Dap atau Umno. Sebagai penyanyi tugas saya adalah untuk menghibur. Mengapa tidak.)
NST dalam temuramah itu telah cuba mencungkil kecenderungan politik Mawi, dan Mawi secara pintar menjawab:
That's a tough one. Lets put it this way. Ive been exposed to politics back home in Kulai. I was a regular at ceramah. I made it appoint to attend them merely to keep up with the latest news, thats all. For now, I don't think I am in the right position to comment on where my political beliefs and convictions stand.
(Ini satu soalan yang sukar. Macam nilah, saya telah terdedah kepada politik sejak di kampong di Kulai. Saya salah seorang yang tetap ke majlis-majlis ceramah. Saya hadir semata-mata untuk mengetahui perkembangan semasa, itu sahaja. Buat masa ini saya rasa tidak sesuai untuk saya memaklumkan tentang pendirian dan kecenderungan politik saya.)
Bila ditanya lagi parti manakah yang diundinya (dalam pilihanraya umum lalu), jawapan yang diberi Mawi hampir serupa dengan jawapan mereka yang cenderung kepada gerakan Islam tetapi tertekan kerana situasi sekeliling seumpama Mawi, kata beliau:
Advertising
Koleksi Buku, CD, Kaset dan Kad Tunjuk untuk kegunaan pembelajaraan anak-anak
Klik di sini untuk maklumat lanjut
Hey isn't that supposed to be confidential. (Hey tidakkah itu sepatutnya satu rahsia).
Bagi saya respon yang diberikan Mawi kepada NST ini adalah respon seorang anak muda yang berhasrat mahu membawa perubahan dalam bidang yang dia memiliki keupayaan. Keberanian beliau untuk menerima undangan kerajaan PAS Kelantan adalah satu langkah yang positif dan bermakna.
Sebagaimana disebut oleh seorang sasterwan yang terkenal iaitu Puan Zurniah Hassan dalam suratnya kepada Astora Jabat di MINGGUAN MALAYSIA semalam yang bertajuk BERILAH PELUANG KEPADA FENOMENA MAWI, Zurinah menulis:
Program macam Akademi Fantasia bersemarak dalam negara. Kalau boleh dihapuskan memang bagus. Tapi kalau tak boleh kita cuba kawal dan bawa ke arah kebaikan.
Astora! Marilah kita beri peluang pada Mawi untuk bawa kebaikan. Kita bimbang kalau boleh. Jangan hentam, kerana itu boleh membunuhnya dan kita kehilangan satu peluang yang baik untuk kebaikan generasi muda dan masyarakat seluruhnya.
Terpulanglah kepada penerimaan kita masing-masing. Bagi saya dalam hal ini saya selesa dan akur dengan bacaan dan firasat Tok Guru serta langkah-langkah yang sedang beliau ambil, dan insyallah saya tidak akan sekali-kali berkongsi pandangan apa lagi bersetuju pula dengan Astora. Wallahualam.
JEMPUT KE BLOG ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com/
0 Comments:
Post a Comment
<< Home